© THIS BLOG IS BELONG TO THE ONE AND ONLY SHION. ALL COPYRIGHT SERVED. ©
~Le rouge est Amour~ Emperor of Rakuzan ◕‿◕ : 2012

Thursday, November 1, 2012

Kehidupanku yang boring


heyya semua~ Apa khabar?? Ruka dah lama tak update blog ni. bukan apa. Sebelum ni Ruka de exam and project presentation. busy sikit. sekarang ni pun baru je boleh bernafas sebab exam dah habis. Lepas habis exam, Ruka terus kerja. Part timer la kat cyber cafe, jadi cashier. sementara cuti, takkan nak goyang kaki kat rumah je kan? so de la income sikit, kalu nak pergi outing dengan members ke. tapi setakat ni la, Ruka beli gelang je. Outing, nanti nak kena plan dulu. sekarang ni comic fiesta pun tak de, boring sikit dunia Ruka ni. Bagi sesiapa yang masih membaca blog ni, terima kasih banyak-banyak. Blog ni tak seberapa pun. tak de isi kandungan yang penting selain hidup Ruka je. 

dah lewat malam ni, Ruka nak tidur (memang sepatutnya dah lama tidur). haha selamat malam semua.


ルカ

Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Thursday, May 3, 2012

Cinta itu .....






tak tahu la kenapa dengan hati RUKA hari ni. sakit macam ada orang ambil pisau and tikam hati RUKA bertubi-tubi. Cinta ni kejam kan sebenarnya. berlaku tak kira orang dan situasi. apa-apa pun, RUKA biarkan je la. lagipun, RUKA tak kenal dia. 

kitorang kenal pun melalui site yang RUKA daftar masuk and dia jadi kawan pertama RUKA je. lepas tu kitorang chat kat skype. biar la. walaupun kami rapat di internet, kami orang asing di dunia yang nyata. Inilah reality.



ルカ

Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, May 1, 2012

Plan ke C2AGE 2012





sekarang ni Akira da tukar nama menjadi RUKA pulak. hahahha apa nak jadi. tapi Akira ni masih digunakan lagi untuk benda lain pulak. macam-macam nama yang RUKA guna. dulu Gadis lepas tu Akira and sekarang ni RUKA?? hahaha ( ̄ー ̄)ニヤリ RUKA masih bekerja part time sampai akhir bulan ni. tak sabar rasanya dan tak sabar nak merasa duit gaji. tapi tak dapat lagi sekarang ni. nak outing.

RUKA ada plan nak pergi C2AGE kat Tropicana City Mall dengan kawan-kawan tapi diorang tak tahu la nak pergi ke tak. haih... harap-harap jadi la diorg nak pergi. dah lama RUKA tak pergi event yang macam ni.

apa-apa pun, nantikan perkembangan terbaru RUKA ye. sampai sini saja. じゃね~



ルカ


Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, April 17, 2012

[PIANO COVER] Kamenashi Kazuya - 1582

assalamualaikum semua~
Hari ni Akira nak share de 1 video yang Akira jumpa kat youtube.
memang best budak perempuan ni main piano. dengan laju dan tepat pulak tu key dia..

dia kata dia da main piano sejak umur 4 tahun. Akira yang nak main piano sejak kecil ni pun tak kesampaian hajat. tgk orang main piano ni macam seronok tapi tak tahu la macam mana perasaan orang yang selalu main.

tak nak cakap panjang. tgk la ye. tajuk lagu ni 1582 nyanyian Kamenashi Kazuya.


okay, apa macam?? best tak?


Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, April 10, 2012

Kerja dan Surgery

assalamualaikum semua~~ 
hari ni Akira kena kerja tapi mama Akira pulak yang masuk wad.
sedihnya rasa..

apa-apa pun, get well soon mama~~ 
Akira doakan semoga surgery tu berjalan dengan lancar.

lagu ni khas untuk mama~~



P/S: Akira baru dengar lagu ni semalam and terus sangkut. ^^



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Thursday, April 5, 2012

luahan perasaan~

assalamualaikum semua~~
hari ni Akira saja nak luahkan something kat sini.. biasa la kan..


bermula cerita.........

ayah Akira ni ada la ambil sorang budak perempuan ni nama N. dia adik kepada kawan Akira and adik Akira.. Akira kawan dengan abang N ni manakala adik Akira pulak kawan dengan kakak N. memang la dia bayar bulan-bulan tapi perangai dia lagi lama lagi melampau!!!
dia buat ayah Akira ni macam kuli dia. main suruh je ayah Akira datang ambil dia pukul berapa yang dia nak padahal sebelum ni memang da terangkan kat dia yang ayah Akira ni bekerja and akan ambil dia ikut yang macam dia janji dulu. kalau adik Akira ni stayback, ayah Akira akan ambil dia ikut time adik Akira balik dan begitu juga sebaliknya.

tapi dia bukan nak stayback pun hari yang dia suruh ayah Akira ambil dia tuh.. dia nak pergi jalan-jalan dengan kawan dia. kalau da tau rumah dia tu jauh dari sekolah, tak payah la melibatkan diri dengan buat benda yang tak sepatutnya. macam orang lain tak leh buat keje tuh.. geram betol.. da la tu suka sangat tumpangkan kawan dia naik HAMPIR setiap hari pulak tuh... naik FREE!!! rumah kawan dia bukannya 1 jalan dengan rumah dia... pe nak buat la dengan budak ni..

start bulan depan da tak nak da ambil budak ni.. nak suruh dia cari kereta orang lain pulak..

the end-------


hahaha panjang la pulak Akira menulis ni... okay la. sampai sini je.. da~~




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Saturday, March 31, 2012

Last Exam~

assalamualaikum semua~~
hari ni Akira melepas rindu sekejap sebab lama tak menulis kan.. maklumlah musim final exam, nak focus kat exam je.. 
hari ni hari last exam Akira.. takut jugak sebab dok baca and try hafal tapi tak masuk sikit pun dalam kepala. 
pe nak jadi dengan exam esok ni.. 
doa-doakan Akira berjaya mengharungi exam esok ni ye..


P/S: Akira da tukar header kat atas tu.. comel tak? biar la kecik asalkan Akira suka.. 
nanti Akira nak kena tukar lagu la.. Music Dumper da tak mainkan lagu ni.

Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Wednesday, January 4, 2012

New Year

assalamualaikum semua~~
pe khabar? lama da Akira tak post pape kat sini.. 

camne dgn cuti korang semua?? best tak?? 
mesti best kan boleh dok kat rumah sebulan, hangout ngan members semua..
Akira kena korbankan semua tu sebab nak belajar.. hehehe 

kat sini, waktu New Year pun de kelas.. kalau org lain dengar, diorang kata Akira mengarut tapi ni la kenyataan ye.. kitorang da cuti awal muraham ari tu so, kena ganti cuti la.. 
tak syok la balik awal-awal.. mood nak belajar tak berapa nak ada lagi tapi da okay da la sekarang dengan upcoming tests la, quiz yang banyak soalan la.. hehehe XD

okay la.. Akira pun dalam kelas sekarang ni.. da~~




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Akai Ito

Daisypath Friendship tickers