© THIS BLOG IS BELONG TO THE ONE AND ONLY SHION. ALL COPYRIGHT SERVED. ©
~Le rouge est Amour~ Emperor of Rakuzan ◕‿◕ : 2011

Monday, December 19, 2011

Artists~~

assalamualaikum semua~~
saja je Akira nak share dgn sume pasal artis yang Akira suka...
siap buat ranking lagi.. 

1. Daigo

you are the one in my heart~~ <3


2. Kamenashi Kazuya

suka tgk dia berlakon..

3.  Kim Hyung Jun



ni je... 



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan

assalamualaikum semua~~
pe khabar?? sihat?? Akira sihat je..

Semalam 10/12/2011 Akira dgn roommates semua tgk gerhana bulan~~ first time tgk and ramai lagi sekitar dorm ni yang tgk gerhana dari awal sampai akhir.. kitorang ada la tangkap gambar tapi tak nampak sangat.. bulan tu kecil je nampak.. 

 Siapa yg buat solat sunat gerhana semalam?? hehe



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Sunday, November 27, 2011

sakit kepala~!!!

assalamualaikum semua~~
Hari ni Akira tak update pun, sakit kepala sejak petang tadi..
da la ye.. Akira patut berehat jap~~


Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Thursday, November 24, 2011

Seungho tersalah masuk van Shinee



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Wednesday, November 23, 2011

Live Journal~~

assalamualaikum semua~~
Hari ni Akira ingin memperkenalkan kepada semua Live Journal Akira...

still title yang sama Akira さま~~ cuma gambar profile je yang bertukar...

mari la visit LJ Akira ye?? click link di bawah ni..




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Signature Baru~~

assalamualaikum semua~~
ni signature baru Akira~~
okay tak???


Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, November 22, 2011

CONTEST CANDID TIME

assalamualaikum semua~~
Mulai saat ni, Gadis akan dikenali sebagai Akira tau..
Bukan sebab pe.. disebabkan Gadis da dedahkan muka Gadis ni, so panggil je Akira..



okay, Akira nak masuk 1 contest ni.. tajuk dia yang kat atas tuh..
hadiah dia pun leh tahan la..
macam tajuk dia.. kena la letak gambar candid.. tak leh yang buat-buat candid.. ehhehe

meh tgk gambar Akira kat bawah ni..


gambar ni ditangkap masa Akira form 5.. masa tu de sekumpulan pelajar Jepun datang melawat sekolah. so, Akira pun pergi la tgk.. masa tgh cakap, tak perasan lak de orang tangkap gambar ni... hehehe

okay, masa untuk tag... 


Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Thursday, November 17, 2011

Tumblr

assalamualaikum semua~~
Hari ni Gadis nak memperkenalkan kepada semua tumblr Gadis~~

Gadis dah lama buat tumblr ni tapi baru je nak pandai function-function dia ni.. payah betol.. 
sapa-sapa yang ada tumblr tu bagitau la kat Gadis ye?? nanti leh Gadis terjah tumblr korang tuh~~

visit tumblr Gadis---->>:: akiraxruka.tumblr.com



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Wednesday, November 16, 2011

Rookie baru~~

assalamualaikum semua~~
Hari ni Gadis nak post pasal 1 group rookie baru ni.. Diorang baru je debut bulan 10 hari tu..

lagu diorang memang best giler~!!! dengan concept bad boy~!! 
diorang ni tak de la muda sangat macam kumpulan Boyfriend tapi kira muda lagi la.. (<---- ni ayat compliment tau bukan kutukan) hehe

takut lak kalu de fans yang minat kat diorang baca ni and ingat Gadis kutuk diorang.. bukan kutuk tau.!!!! Gadis pun minat gak la kat diorang ni~~

okay berbalik cerita kumpulan tadi.. nama kumpulan tu, :: MYNAME :: 



nama kumpulan pun cam syok jer... hehehe Gadis sebenarnya dah cakap tak nak minat kat rookies tapi tak tahu kenapa, sekali Gadis dengar lagu diorang, bila rasa best timbul pulak minat tuh...

nak tahu macam mana lagu diorang?? click kat video ni ye~~ enjoy!!



okay tak?? kalu tak suka tak pe, Gadis tak paksa sapa-sapa pun minat kat diorang ni...
cuma nak share je.. 
terima kasih kerana mendengar luahan hati Gadis~~ ^^v



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Monday, November 14, 2011

BF?

assalamualaikum semua~^^
hahaha Gadis di sini~!!! Gadis ingin memperkenalkan jejaka comel Gadis~

jang~! ini dia... jejakanya~


hahaha yeke?? Gadis memang minat gila kat dia ni hah~ Kalau nak tahu, dia ni lah Daigo dari kumpulan Breakerz~ Bagi Gadis, dia ni memang comel and handsome.. tapi bagi orang lain tak tahulah.. citarasa masing-masing.. mungkin sebab Gadis ni kacukan Cina, so Gadis rasa orang yang muka ala-ala Cina ni handsome la kot.. or maybe sebab kulit dia putih??... hehehe >.<

Kalaulah Gadis de BF (bukan best friend ye).. 




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Sunday, November 13, 2011

Header Baruku~

assalamualaikum semua~^^

Gadis di sini.. apa ye yang nak ditulis hari ni?? erm.. nampak tak header kat atas tu?? 
Gadis baru je buat header tu semalam dan da diletakkan di blog ni..
biarla tak seberapa pun tapi Gadis berjaya buat sendiri header untuk blog Gadis.. amacam? okay tak??
sila la komen lepas tengok header tu ye?? nak tau jugak, bahagian mana yang Gadis perlu perbaiki ke, camtu la..

Gadis masih perlu belajar guna photoshop tu, sebab banyak lagi function yang Gadis tak pasti nak guna camne.. yang lecturer ajar dulu pun, yang simple je.. nak try buat yang lebih maju lagi.. minggu depan da start kelas da.. rasa sekejap lak cuti ni walaupun da sebulan berlalu.. ehehehe XD



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Saturday, November 12, 2011

CONTEST | Si Kecil itu SAYA!

assalamualaikum semua~^^
de contest lagi~ hehehe 
kali ni contest Si Kecil itu Saya dari sis Aima Mazlan.. click la gambar ni kalu nak tahu lebih lanjut pasal contest ni ye..



lepas cari, jumpa jugak gambar Gadis masa kecil~ ni la dia~ jang~!!!
amacam okay tak?? Gadis tak nak tulis pelik-pelik.. nanti kena komen busuk-busuk.. hehe ^^v


ni masa umur dalam 4 or 5 tahun camtu la.. masa pergi jalan-jalan~ dalam tahun 1996/1997..

gambar Gadis sekarang?? tgk kat bawah ni ye??


ni masa keluar piknik kat Sg Kanching tahun ni.. siap tangkap gambar dengan ular dan burung kakak tua lagi.. hihi^^ yang kat sebelah tu adik laki Gadis~ sekarang ni Gadis dah umur 19 tahun (2011).. tahun depan awal bulan 3, Gadis dah masuk umur 20 tahun dah.. cepatnya masa berlalu.. dari kecil ke remaja, sekarang dah nak masuk alam dewasa.. tapi perangai still macam budak-budak.. kekeke ^_______^




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Beauty Contest oleh Aina Rahman~!!!!



assalamualaikum semua~!!! ^^
nampak tak banner kat atas tuh?? Click la banner tu untuk ke blog kak Aina Rahman.. 
Kak Aina Rahman ni seorang makeup artist..
Gadis ditag oleh miss aina mysarah ni... thx byk-byk ye~~
nak join, sila lah ke blog kak Aina Rahman ni ye..

rakan-rakan yang ditag:~




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Kenangan yang Teramatlah Best Dlm Hidup~

assalamualaikum semua~~
Gadis saja lah nak share gambar yang paling best pernah Gadis buat dalam hidup..
kalau ada chance lagi, memang Gadis nak peluk benda tu lagi.. hehe

ni la dia~ jeng jeng jeng!!!

Gadis bergambar dengan ular~!!!!!!!!!!!!!! Gadis orang first yang nak bergambar dan peluk ular ni.. Lepas Gadis bergambar tu baru ada orang nak peluk tapi muka orang tu tak boleh blah.. Dia takut kat ular tu tapi buat berani sebab tak nak kalah kat Gadis berani pegang ular tu.. ular tu siap belit leher Gadis lagi.. hahaha XD


ni adik laki Gadis.. dia takut kat burung tu tapi dia nak pegang.. Dia rasa burung tu nak terbang dan lagi 1 kalu tgk kat gambar bawah ni, adik laki Gadis macam frust sebab mak ambil burung tu.. burung tu cakar tangan dia.. so kena la tangkap lagi sekali.. yg ni la gambar kedua dia.. ^^v


cantik tak burung kakak tua ni?? yang biru tu lagi berat dari yang putih.. haha adik laki Gadis kena cakar kat burung hijau kaat atas tuh.. sebenarnya gambar ni ditangkap dulu dari yg kat atas tadi..



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

#5 100 Days Picture Challenge

assalamualaikum semua~!!!!!!!!!!!!!! ^^
Hari ni, Gadis nak update pasal 100 Days Picture Challenge...

A picture of your favorite memory

apa ye?? erm.. hah~
ni dia.. 


amacam?? apakah itu???



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Wednesday, November 9, 2011

Hormatlah minat masing-masing~!!! ^^

Assalamualaikum semua~^^


Gadis di sini~!!! Sekarang ni kan, Gadis macam dah addicted balik kat Jrock and Jpop tapi Gadis minat jugak la dengan Kpop.. Kalau la internet ni laju cam jet pejuang, Gadis nak download semua lagu-lagu and  albums.. Paham-paham la ye kenapa.. 

Kalau nak diikutkan hati ni, nak je Gadis beli CD original lagu-lagu ni tapi kan CD-CD diorang ni mesti importnya and mesti mahal.. Gadis ni bukannya orang berada, nak beli semua CD yang Gadis nakkan. Lagipun, mama Gadis tak bagi Gadis beli CD. Nak beli CD anime pun dia tak berapa bagi, ni kan nak beli CD lagu.. takkan dapat la Gadis beli dalam masa sekarang. Tapi Gadis memang akan beli satu hari nanti. Angan-angan nak pasang dalam kereta Gadis esok-esok..

Buat masa sekarang ni leh download je la.. kalu download yang tak mengeluarkan duit yang banyak ni, mama Gadis bagi la.. tunggu nak beli hard disk baru la pulak ye.. lagu-lagu dah banyak, video-video semakin bertambah and gambar-gambar pun semakin berlambak dalam laptop ni. Gadis de tabiat nak susun kemas-kemas barang-barang yang de kat dalam laptop ni.. Biar nampak kemas la sikit kan, tak de la sakit mata memandang.. ^^

Banyak lagu-lagu Jrock keluar sekarang~!!! Bahagia sungguh hidup ni, sedap didengar pulak tu (bagi Gadis la, orang lain Gadis tak tahu. Minat masing-masing.) and bagi orang yang suka kutuk minat orang lain tu, Gadis nasihatkanla sangat-sangat, silalah hormat pandangan dan minat masing-masing. Takkan nak suruh dalam dunia yang luas ni semua orang de minat yang sama je.. so, mana nak nampak perbezaan antara muzik tanah air and muzik antarabangsa..

Well  bila semua orang de minat yang berbeza, leh la kita kongsi dan cerita pasal benda yang kita suka dengan orang lain kan?? Ni cuma nasihat je sebabkan Gadis tengok kat dalam FB and Twitter, masing-masing pakat dok kutuk-mengutuk orang lain.. Antara genre muzik yang selau kena kutuk Kpop and Jpop. Apa masalahnya sebenarnya?? kenapa leh muncul anti-fans yang banyak sampaikan de 1 page kat FB tu, beribu-ribu orang dok follow page tuh?? masing-masing kutuk artis..  tapikan dalam hal kutuk-mengutuk ni,kenapa muzik English tak de la pulak orang nak kutuk?? De yg siap lirik berbau lucah, yang tu de la lak bising-bising..  Jangan masuk campur minat orang lain dengan niat nak mengutuk.. kalau masuk campur dengan niat nak mengenali muzik, tu lain cerita ye..

Peace no War ~!! ^^v 



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, November 8, 2011

Penyebab Sakit~

assalamualaikum semua~^^
Ingat tak Gadis pernah post pasal Gadis sakit belakang pasal laptop crash??

hari ni Gadis nak post penyebab Gadis sakit belakang tu la.. memang penat, sakit kepala, sakit belakang and macam-macam lagi la hari tu..


jeng jeng jeng~!!! ini lah puzzle yang menyebabkan Gadis sakit belakang tuh...
jangan ingat kat dalam gambar ni nampak kecik senang nak buat puzzle ni.. sebenarnya puzzle ni de 1000 keping.. bayangkan kepingan-kepingam kecil dia tuh.. dengan saiz dia pulak 75x50cm~!!! memang tak tidur la dibuatnya... hahaha XD




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

#4 100 Days Picture Challenge

assalamualaikum semua~^^
lama Gadis tak update Picture Challenge ni kan?? de sebab jugak tapi sekarang ni rasa cam nak update benda ni.. hihihihi ^^

okay, sekarang ni Picture Challenge Gadis yang ke-4. *tepuk tepuk*
nak tau apa challenge dia?? meh kita baca sama-sama okay?

Day 04 - A picture of yourself and a family member

Gadis nak letak sapa ye?? Gadis da tak kisah dah nak letak gambar sendiri kat dalam blog ni.. Dulu Gadis cam tak berapa nak letak sebab selalu dapat komen negatif.. sekarang baru de keberanian balik.. ^^


amacam?? okay tak?? gambar ni ditangkap di rumah nenek di kampung masa hari raya tahun ni.. ^^ 
Gadis edit sikit cam tambah frame kat picnik. hehehe.. dekat sebelah tu adik saya.. Kami beza 3 tahun jer ye dan dia bukan anak bongsu keluarga kami.. Namanya Sarah.. Kalu nak kenal dengan dia, leh la tekan kt link blog dia ni.. Ada kat bahagian "Kau yang Teristimewa" hahaha.. :D okay la.. sampai sini je la ye??





Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha~

assalamualaikum semua..

~Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Innil Hamda

Wan Ni'mata,
Laka wal Mulk
Laa Shareeka Lak~


first of all, Gadis nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua MUSLIM..

Siapa ada buat korban untuk raya kali ini?? Gadis tak balik kampung raya tahun ini.. jangan tanya sebab.

tu je sebenarnya yang Gadis nak cakapkan.. 

~Labbaik Allah Humma Labbaik
Labbaik ala Shareeka laka Labbaik
Innil Hamda

Wan Ni'mata,
Laka wal Mulk
Laa Shareeka Lak~



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, November 1, 2011

Lappy's system CRASH!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum semua~
sejak semalam lagi, mood Gadis down jer..

nak tahu kenapa?? 
sebabnya lappy Gadis kena hantar kedai untuk diservice!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! System dia crash.. asyik restart je dia.. huhuhuhuhuhhuhuhuhhuhuhu............................

system dia crash lepas Gadis uninstall anti-virus tuh.. sebab da expired.. erm,.... Gadis down sejak semalam sampaikan sanggup tak tidur.. susun puzzle 1000 keping gambar Prince of Tennis.. sakit belakang Gadis, susun puzzle tuh.. 




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Saturday, October 22, 2011

Kenapa?



assalamualaikum semua..
kenapa susah sangat nak cari seseorang yang kita boleh percaya dalam dunia ni sebagai life partner?

entah la.. Gadis pun tak berapa pandai dalam hal-hal ni.. Gadis akui yang Gadis ni penakut. Selalu aje lari kalau bab-bab couple ni involve.. bagi Gadis kalau sekali disakiti, selamanya disakiti tapi Gadis tahu, tak semua orang macam tu kan?? 

Gadis bukan heartbroken ye.. Just ni la perasaan Gadis masa Gadis tulis ni.. Gadis pun nak rasa and kongsi pe yang tersimpan kat dalam hati Gadis ni tapi dia tak pernah pandang Gadis.. walaupun dia pandang, bercakap and ketawa dengan Gadis, dia cuma anggap Gadis kawan je.. mungkin da sampai masa Gadis lupakan dia.. dia pun tak boleh lupakan crush dia.. 

so Gadis ambil keputusan untuk lupakan dia.. macam dalam quote kat gambar ni..

"If you love someone then let it go, 
If he/she comeback to you then his/her yours,
If he/she doesn't comeback, they never was,
and you are not meant to be."



Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Sunday, October 16, 2011

Tenshi no Cafe~

assalamualaikum semua~
ni Gadis sje je la nk update.. maklumla semalam outing kn??

best giler semalam outing ngan best friend Gadis, Qistinna.. kitorang da lama plan nak gi satu-satunya maid cafe yang de kat malaysia, Tenshi no Cafe.. bukan tak pegi sebab jauh ke pe, cuma masing-masing de hal. Tu yang tak leh nak pegi tuh.. 

Gadis ingat nak tunggu semua members free, baru nak pegi.. tgk-tgk tak leh nak pegi sekali jugak.. lepas fikir punya fikir, baru jumpa jalan penyelesaiannya.. hahaha.. Gadis pegi la dgn best friend Gadis nih..

mula-mula masuk tempat tu, kitorg cam malu-malu la konon.. Maid yang datang welcoming kitorg tuh cute sgt.. nama dia Kurumi-san~ dia fasih bahasa Jepun.. laju giler dia cakap bahasa Jepun tuh sampaikan kitorg tak berapa nak dgr dia cakap pe.. lagipun, Gadis tgh terpegun tgk tempat tuh pink sepink-pinknya...

Gadis order Japanese Omelette Rice ( biar betul eja omelette tuh, tak sure) or Omurice and air Cold Chocolate.. :) Qist pulak order Teriyaki rice, Cold Chocolate and Chocolate Ice Floss.. Sedap giler floss and air chocolate dia.. rasa chocolate tu pekat sgt-sgt... then kitorg buat la member card, member catd dia comel~!!!!!!!!!!! XD Gadis siap tangkap gambar Happy Memories dgn maid dia~ nak tgk gmbr???

ni rabbit Omurice.. comel kan?? tapi Gadis da makan baby tomato kt atas lettuce tuh.. hehe 


 ni surrounding dia, siap de figurines pnuh dlm rack.. 

ni pulak Happy Memories Gadis..




Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Tuesday, September 27, 2011

hikikomori???

assalamualaikum semua.. pe khabar?? sekarang nih musim exam bagi student uitm.. so, da memang jarang update blog nih.. tapi hari ni, biarlah Gadis melepas tension kat sini dulu.. 
hehehe mesti korang tertanya-tanya pe benda hikikomori nih kan?? meh Gadis terangkan..

Gadis pun baru je dengar perkataan nih dalam cerita Jigoku Shoujo Live action dengan anime Welcome to NHK.. sebab tak tahu pe benda hikikomori nih, Gadis try la google search meaning ayat nih.. termasuk la ke wiki... 

Hikikomori nih merujuk kepada orang yang tak nak bergaul dengan dunia luar. Diorang nih takut nak berkomunikasi face-to-face pastu amik keputusan putus langsung dengan dunia luar.. setakat nih kat malaysia tak penah la dengar orang cmni kn?? diorang nih selalunya kurung dalam bilik, tak nak keluar langsung la.. 

tapi kan, Gadis rasa Gadis nih de la 50% hikikomori nih.. sebab kadang-kadang, Gadis akan jadi camtu..terperuk dalam bilik, buat hal sendiri.. 50% jer.. bukan 100%.. 

tak tahu kenapa Gadis buat post nih and perkataan hikikomori ni asyik terlintas je dalam kotak fikiran Gadis... biarla.. sampai sini je... da da..


Thank you for reading my post ♥♥ 仲良し(*・∀・)/♡\(・∀・*)だよ

Akai Ito

Daisypath Friendship tickers